Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, July 14, 2014

No Comment

BERLIN – Seluruh negara Jerman diselubungi kegembiraan dengan peminat menari sepanjang malam selepas menjuarai gelaran keempat Piala Dunia hasil kejayaan menewaskan Argentina.

Bunga api dimainkan sepanjang Berlin dan penyokong bersorak dengan kemenangan 1-0 itu di sepanjang jalan sambil membunyikan kenderaan mereka dengan bendera hitam, merah dan emas berkibaran megah.

Lebih daripada 200,000 peminat melonjak kegembiraan sambil menyanyi di ibu negara Jerman itu.

“Oh, ia sesuatu yang indah!” dan “Super Deutschland” sorak setiap penyokong.

Jalan yang dikenali sebagai Fan Mile di belakang Brandenburg Gate, yang menjadi simbol kepada perpaduan ditutup bagi memberi rumah peminat untuk bersorak kegembiraan ketika aksi menentang Argentina.

“Kemenangan ini amat penting, ia pertama buat saya,” kata seorang peminat, Carsten Glaser, 20.

Ramai peminat memerhati kemenangan itu sebagai penting dan memiliki peranan dalam sejarah kerana ia hadir selepas 24 tahun Jerman Barat menewaskan Argentina pada 1990, beberapa bulan sebelum negara Eropah itu mengatasi era perang dingin.

“Kemenangan ini penting untuk menyatukan Jerman,” kata Thorsten Kinscher, 34. “Ia menunjukkan kami benar-benar bersatu padu.”

Anett Voelker, 42 berkata dia sudah menunggu 24 tahun untuk menunggu bintang keempat ditambah di jersi Jerman.

“Ia kejuaraan yang hebat untuk menyatukan Jerman, perasaan penyatuan yang lebih hebat.”

Jerman begitupun terpaksa menunggu sehingga masa tambahan sebelum menundukkan Argentina menerusi jaringan Mario Gotze tujuh minit sebelum masa perlawanan berakhir yang mencetus resah peminatnya.

“Jerman tidak bermain dengan baik, Argentina lebih baik,” kata Tom Ulmann, yang juga peminat Jerman. “JIka ia berterusan seperti itu kami akan kalah.”

Jerman sebelum itu menang dengan jaringan besar 7-1 ke atas tuan rumah Brazil untuk mara ke final dan mencipta sejarah menjadi negara Eropah pertama memenangi Piala Dunia di benua Amerika Selatan. – AFP

0 comments:

Post a Comment