Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 6, 2014

No Comment

Dari segi sosial dan komunikasi, rakyat Malaysia sudah dikenali dengan penggunaan pelbagai cara kreatif dalam bersahabat mahupun berbual.

Paling popular pengggunaan pelbagai jenis istilah dalam perbualan sosial santai antaranya sempoi, poyo, macho dan sebagainya.

Sempoi merujuk kepada mudah, poyo bermaksud berlagak dan macho merujuk kepada seseorang yang tenang.

Selain perkataan itu, kita mungkin biasa menggunakan istilah “Kantoi”.

Kantoi merujuk kepada perbuatan yang ‘tertangkap dengan pembohongan’ yang kebiasaannya digelarkan kepada subjek yang cuba mengelak daripada menghadapi situasi sebenar.

Menerusi video santai daripada DanKhooProductions yang dikongsikan ini, ia merupakan sebahagian perangai pelik segelintir rakyat Malaysia yang kebiasaanya digunakan bagi melepaskan diri daripada situasi yang sebenarnya.

Ingat ya, jangan menipu untuk melepaskan diri dan paling penting, jangan sampai ter ‘kantoi’. Selamat berhibur.


Sumber: hzqahmd / My News Hub

0 comments:

Post a Comment