Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, June 30, 2014

No Comment
Robben (tengah) dijatuhkan dalam kotak penalti dalam perlawanan pusingan kedua Piala Dunia menentang Mexico di Arena Castelao, Fortaleza, awal pagi Isnin.
PEMAIN Belanda Arjen Robben memohon maaf di atas tindakannya yang sengaja menjatuhkan diri dalam kemenangan 2-1 ke atas Mexico, tetapi menegaskan kejadian sebelum keputusan muktamad diumumkan ‘adalah penalti’.

Pemain tengah Belanda itu diberikan beberapa sepakan percuma apabila ‘dijatuhkan’ pemain lawan dalam perlawanan pusingan kedua Piala Dunia di Fortaleza, awal pagi Isnin dan diberikan sepakan penalti pada masa kecederaan.
“Saya mesti meminta maaf,” Robben memberitahu media Belanda, NOS selepas wisel penamat.

“Pada akhir perlawanan ia adalah penalti, tetapi yang lainnya, pada separuh masa pertama saya menjatuhkan diri. Saya tidak patut melakukannya.”

Pemian Bayern Munich ini menyerahkan tugas sepakan penalti kepada pemain ganti, Klaas Jan Huntelaar, yang tenang menyumbat gol sekali gus menghantar Belanda ke suku akhir.

“Biasanya saya selesa mengambil penalti, tetapi tidak kali ini,” kata Robben.

“Saya pasti Huntelaar mampu melakukannya.

“Ia adalah detik untuk dirinya, dia berhak mendapatkannya. Saya hampir menangis kerana beremosi. Kami mahu menang, untuk berjuang bersama-sama sebagai satu pasukan. Saya sangat bangga.”

Rafael Marquez, pemain yang dihukum mengasari Robben dalam kotak penalti, tidak bersetuju dengan keputusan penting itu.

“Saya percaya ia bukan penalti,” katanya.

“Saya rasa saya menyentuh tanah tetapi saya tidak menyentuhnya, mungkin dia yang menyentuh saya.”

Kapten Mexico itu berkata Robben, 30, yang mempunyai kerjaya yang menyenangkan, tetapi sering dituduh menjatuhkan dirinya dengan sengaja, telah menyalahgunakan semangat permainan.

“Bagi 10 kesalahan yang dia terima, dia sengaja mejatuhkan badan lebih lima kali, dan itu bukan permainan yang adil,” kata Marquez.

“Itu perlu diubah. Malangnya dalam Piala Dunia ini ia bukan hanya sekali atau dua kali perkara-perkara seperti itu menjejaskan kami, tetapi saya tidak mahu menjadikan itu alasan.”

Sumber: mStar online

0 comments:

Post a Comment