Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, June 29, 2014

No Comment

MADINAH: Kira-kira 5,000 rakyat Malaysia akan menyertai jutaan umat Islam lain menunaikan ibadah puasa di Makkah dan Madinah sepanjang Ramadan ini.

 Menurut sumber Tabung Haji, mereka akan berada di Makkah bagi menunaikan ibadat umrah dan berpuasa sepanjang Ramadan ini.

Kerajaan Arab Saudi semalam mengumumkan Ramadan bermula Ahad ini (29 Jun), sama seperti tarikh awal Ramadan di Malaysia.

Umat Islam di tanah suci juga mula menunaikan solat sunat Tarawih malam ini.

Beberapa rakyat Malaysia ketika ditemui di Madinah turut melahirkan penuh kesyukuran kerana dapat menunaikan ibadah puasa di Tanah Suci.

Mohd Shah Che Ahmad, 26, dari Kuala Lumpur berkata, peluang berpuasa di Tanah Suci buat pertama kalinya amat bermakna kerana ia dapat mendekatkan dirinya kepada Allah.

Beliau dijadual menunaikan umrah esok, selepas dua hari menziarah Madinah.

“Azam saya untuk berpuasa di Tanah Suci akhirnya dimakbulkanNya. Saya berdoa semoga dapat menunaikan ibadat puasa dengan penuh keberkatan,” katanya.

Johari Ramli, 44, pula berkata, beliau berdoa supaya isteri, keluarga dan sahabat handainya juga kelak berpeluang menunaikan ibadat puasa di tanah suci.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment