Bermulanya Felixia mengubah cara hidupnya yang sebelum itu Model Majalah PlayBoy dan kini 100% cara pemakaiannya secara Islam, topik beliau hangat dikalangan masyarakat kita.
Seperti yang kita semua tahu, Felixia yang akan memeluk Islam pada 3 hb Julai ini sempena tarikh lahirnya, ramai yang menyokong dan tak lupa juga yang mengkritik diatas pengumuman yang dilakukan oleh Felixia tentang tarikh memeluk Islam tersebut.
Tidak puas hati dengan sambutan baik umat Islam terhadap penghijrahan Felixia, seorang murtad bernama Juli Jalaludin telah memuat naik status yang menyatakan perkara ini adalah “Double Standard” yang mana kita meraikan kepada mereka yang ingin memeluk agama Islam dan mengancam bunuh apabila mereka hendak meninggalkan agama Islam.
Bagaimanapun perkongsian tersebut mendapat jumlah like lebih dari 1300 like.
Beliau mungkin tidak tahu yang murtad itu adalah satu dosa besar. wait... mahunya dia peduli dosa pahala dalam Islam kalau dah sanggup menukar agama kan? - SiakapKeli.com
Orang kafir yang memeluk Agama Islam dirinya ibarat kain putih sesuci bayi yang baru lahir. Segala dosanya sebesar manapun akan terhapus. Selamat Berhijrah ke Islam. Allahuakbar.....
ReplyDelete