Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, June 29, 2014

No Comment


BEIJING – Seorang lelaki di China yang pernah ditinggalkan oleh teman wanitanya tujuh tahun lalu kerana dia miskin menyewa empat pawagam IMAX pada hari pertama tayangan Transformers untuk membuktikan kekasihnya itu tersilap.

Lelaki itu membelanjakan lebih kurang RM120,000 untuk sewa empat pawagam itu, lapor agensi berita AFP.

“Hu Xiaoyun: Aku sangat miskin semasa kita di tahun empat di kolej pada 2007 sehinggakan aku hanya mampu beli dua tiket wayang,” tulis lelaki itu di jaringan media sosial Sina Weibo.

“Semasa kau hendak ke Beijing kau kata aku akan tetap macam itu.

“Aku bekerja keras sejak tujuh tahun yang lalu kerana kutukan itu dan hari ini aku belanja separuh pendapatan bulananku untuk tempah semua kerusi di pawagam IMAX di Beijing pada 27 Jun.

“Aku hanya hendak beritahu mungkin pilihan kau pada masa itu tersilap.”

Dalam mesejnya, lelaki itu juga menempelkan bukti penempahan tersebut serta tiga keping resit yang berjumlah 250,000 yuan. Dia juga menyeru pengguna Internet supaya menyebarkan mesejnya itu sehingga bekas kekasihnya nampak dan dia menjanjikan mereka tiket percuma.

Lelaki yang dikenali hanya dengan nama keluarganya, Wang, menggunakan nama di Chicken Run 1234 di Sino Weibo dengan gambar puak Na’vi dari filem Avatar sebagai imej profailnya. – Agensi

0 comments:

Post a Comment