Penduduk beredar ke bandar Homs selepas dimaklumkan mengenai gencatan senjata sepanjang bulan puasa ini. |
DAMSYIK: Tentera Syria dan Kumpulan Pembebasan Syria (FSA) di bandar purba Homs bersetuju melaksanakan gencatan senjata sepanjang Ramadan bagi menghormati bulan mulia itu.
Stesen televisyen Arab al-Mayadeen melaporkan, gencatan senjata akan dilakukan di daerah al-Waer iaitu kawasan kubu kuat FSA sebelum ini.
Sebelum ini, kerajaan Syria mengisytiharkan Homs adalah kawasan pemberontak selepas termeterai perjanjian antara tentera rejim dan FSA.
Selain itu, Al Ahram pula melaporkan, perjanjian itu disifatkan berjaya selepas kerajaan bersetuju membebaskan beberapa aktivis yang dipenjarakan di daerah itu, manakala FSA pula mengeluarkan semua sayap kumpulannya di kawasan terbabit.
Kini, keseluruhan Homs berada di bawah kawalan kerajaan kecuali kejiranan al-Waer dan tiga bandar di kawasan utara iaitu al-Dar al-Kabira, Talbiseh dan al-Rastan.
Sumber: mStar
0 comments:
Post a Comment