Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 30, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang terkenal dengan lagu irama keroncong, Kartina Dahari, meninggal dunia di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, petang tadi akibat barah.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Biduanita Negara yang juga teman baiknya, Datuk Sharifah Aini.

“Anak angkat saya yang berada di Singapura memaklumkan, Kartina meninggal dunia di hospital Mount Elizabeth jam 6 petang tadi selepas bertahun-tahun menderita penyakit barah.

“Berita itu sangat menyedihkan kerana kami memang berkawan baik.

“Kali terakhir saya bertemu dengannya sekitar Ogos tahun lalu, ketika saya mengunjungi rumahnya di sana,” katanya kepada BH.

Selain menyanyi, Kartina, 73, juga dikenali sebagai pelakon.

Antara lagunya yang popular ialah Jangan Ditanya, Sayang Di Sayang, Hati Ke Hati, Sejak Kita Berpisah dan duetnya bersama Datuk Ahmad Jais, Budi Setahun Segunung Intan. – Barita Harian

0 comments:

Post a Comment