Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 29, 2014

No Comment

GEORGETOWN – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas seorang pekerja kelab malam yang menyebabkan kematian seorang warga emas wanita, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim membuat keputusan itu selepas Ooi Kean Leong, 37, mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan yang ditawar pihak pendakwaan.

Zamani memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 8 Ogos 2012.

“Setelah saya mengambil kira mitigasi peguam dan jawapan timbalan pendakwa raya selain mengambil kira kepentingan awam, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun bermula dari tarikh dia ditangkap,” katanya.

Ooi didakwa menyebabkan kematian Tan Kim Chuan, ketika kejadian berumur 60 tahun, dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan di hadapan Blok J, Padang Tembak Kampung Baru di sini, pukul 6.02 pagi pada 10 Julai 2012.

Ooi dituduh mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan boleh didenda.

Tertuduh diwakili peguam Anthony Chew manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muna Mohamed Jaafar.

Menurut fakta kes, Tan ditemui terlentang dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas tertuduh yang menaiki motosikal datang dari belakang dan meragut beg tangan mangsa yang disangkut di bahu.

Siasatan mendapati ketika kejadian, Tan sedang berjalan seorang diri untuk ke tempat kerjanya.

Selepas Ooi berjaya meragut beg tangan mangsa, dia meninggalkan tempat kejadian dan menunggang motosikalnya dengan laju.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 3.45 petang, 10 Julai 2012, di Hospital Pulau Pinang dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian ialah akibat kecederaan di kepala disebabkan impak pada permukaan atau benda tumpul. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment