Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 29, 2014

No Comment

PEMANGKU  Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata jawatankuasa teknikal untuk pencarian MH370 akan meneliti laporan bahawa satu firma carigali menemui bahan yang konsisten dengan Boeing 777 di dasar Teluk Bengal.

“Saya tidak akan mengulas sehingga terdapat pengesahan… Sebelum ini terdapat tompokan minyak, imej satelit dan imej serpihan di Laut Cina Selatan, namun dibuktikan tidak benar.

“Saya akan bertemu dengan jawatankuasa teknikal tidak lama lagi… Jika mereka putuskan teruskan pencarian, maka kita teruskan,” kata Hishammuddin seperti dipetik dalam laporan The Malay Mail.

Semalam, laporan 7News Australia menyebut usaha carigali firma GeoResonance menyebut mereka menemui bahan yang konsisten dengan kapal terbang di Teluk Bengal.

Semakan dengan data firma itu menunjukkan bahan tersebut tidak berada di situ sebelum kejadian kehilangan pesawat tersebut pada 8 Mac. – MalaysiaKini

0 comments:

Post a Comment