Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 30, 2014

30
Apr2014
No Comment

MUNICH – Real Madrid melangkah ke final Liga Juara-Juara Eropah selepas menumpaskan penyandang juara Bayern Munich 4-0 pada separuh akhir kedua di di Allianz Arena, sebentar tadi.

Gol dihasilkan pada separuh masa pertama menerusi Sergio Ramos yang menyumbat dua gol pada minit ke-16 dan m-20 manakala Cristiano Ronaldo pada minit ke-34. Ronaldo sekali lagi cemerlang dengan meledak gol keduanya menerusi sepakan percuma pada minit ke-90.

Ini menjadikan Real ke final dengan agregat 5-0.

Lawan Real di final akan ditentukan menerusi satu lagi separuh akhir kedua antara Chelsea dengan Atletico Madrid di Stamford Bridge, awal pagi esok.

Ronaldo juga mencatat rekod baharu Liga Juara-Juara apabila menjaringkan gol ke-16 dalam satu musim.

Rekod jaringan terbanyak sebelum ini dipegang penyerang Barcelona, Lionel Messi iaitu 14 gol pada musim 2011-12 dan Jose Altafini ‘Mazzola’ dari AC Milan pada 1962-63. – BH Online

0 comments:

Post a Comment