Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 30, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air berasa teruja untuk memulakan operasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 2 Mei ini.

Malindo Air dalam satu kenyataan media memberitahu, pesawat Boeing 737-900ER bagi penerbangan OD1027 dari Kota Kinabalu, Sabah akan menjadi pesawat pertama syarikat itu mendarat di KLIA2.

“Penerbangan OD1027 dijadualkan mendarat KLIA2 pada pukul 12.05 tengah malam Khamis,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, KLIA2 memiliki kemudahan bertaraf dunia dan bakal memnberi pengalaman paling berharga kepada penumpang OD1027.

Tambah kenyataan itu, pembukaan KLIA2 juga selari dengan Kempen Melawat Malaysia 2014 serta memberi nilai tambah kepada pelancongan kos rendah.

Malindo Air turut menjelaskan KLIA2 berpotensi menjadi hub transit pelancongan kerana ia terletak di lokasi strategi di Asia Tenggara. – SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment