Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 30, 2014

No Comment

Dewan Negara hari ini bersidang sehingga awal pagi Rabu bagi membolehkan semua aturan urusan mesyuarat dan usul diselesaikan.

Ini merupakan kali kedua dalam tempoh dua tahun persidangan Parlimen mencatat sejarah apabila Dewan Negara ‘menggantung’ masa setelah tindakan sama dilakukan di Dewan Rakyat pada 20 April 2012.

Persidangan Dewan Negara berakhir pada 12.45 pagi ini selepas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim membuat penggulungan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, yang mempengerusikan mesyuarat, tidak menghentikan jam di dalam dewan ketika persidangan melepasi detik 12 tengah malam.

Ketika itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom sedang menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Terdahulu, semasa membenarkan persidangan disambung sehingga selesai sesi pergulungan, Abu Zahar berkata kehadiran sendiri menteri untuk menjawab serta dedikasi anggota dewan untuk terus menunggu perlu dihargai.

“Kehadiran menteri menunjukkan petanda baik, malah kesediaan anggota dewan menanti juga perlu dihargai. Jadi, saya mohon satu peraturan mesyuarat dikemukakan bagi membolehkan sidang dilanjutkan sehingga setiap kementerian selesai menggulung perbahasan,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim kemudian bangun membacakan peraturan mesyuarat bagi membatalkan peraturan terdahulu dan disokong Razali.

Mengikut senarai aturan mesyuarat, Dewan Negara perlu meluluskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong sebelum sidang ditangguhkan kerana dewan akan membahaskan empat rang undang-undang esok.

Rang undang-undang itu terdiri daripada Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2014, Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013.

Mesyuarat pertama penggal kedua Dewan Negara berlangsung selama sembilan hari mulai 21 April lepas hingga 6 Mei ini.

Persidangan dewan bersambung esok.

– BERNAMA

0 comments:

Post a Comment