Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 30, 2014

No Comment

Jika perasan, buah mangga kini semakin banyak dijual baik di pasaraya mahu pun di pasar-pasar malam.

Hal ini kerana musim mangga sudah pun bermula dan dijangka berterusan hingga Jun depan.

Sehubungan itu, Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menganjurkan kempen Jom Makan Mangga bermula dari 2 Mei hingga 4 Mei ini di Kampung Budaya 1Malaysia, Menara Kuala Lumpur.


Orang ramai terutama peminat buah-buahan tempatan digalakkan berkunjung apatah lagi masuk adalah percuma.

Dibuka dari jam 10 pagi hingga 6 petang, terdapat jualan mangga dan produk berkaitan diatur untuk pengunjung.

Kempen Jom Makan Mangga ini dirangka khusus bagi meningkatkan permintaan mangga dan memperluaskan pasaran buah ini terutama di Lembah Klang.

- SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment