Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 30, 2014

No Comment

Hasrat pelakon Sari Yanti Mohd Nazari atau Sari Yanti mahu bercerai dengan suaminya Mohd Edy Casmady Che Hussin tidak kesampaian apabila aktres itu terpaksa memfailkan bantahan dakwaan nusyuz terhadap dirinya.

Permohonan tersebut dibuat untuk menolak tuntutan kembali taat dan nusyuz yang dibuat oleh suaminya di Mahkamah Sri Petaling, pada 7 Mac lalu.

Permohonan bantahan tersebut telah dibenarkan oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abu Samah pada sebutan kes yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, dekat Petaling jaya, Selangor, hari ini.

Terdahulu, Pada 25 Februari lalu, pelakon ‘Kisah Kaisara’ itu menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.

Sari Yanti yang ditemui di luar dewan mahkamah bagaimanapun enggan mengulas lanjut sewaktu ingin ditemubual pihak media. Sebaliknya dia hanya terus berjalan meninggalkan perkarangan mahkamah.

Sementara suaminya, Edy Casmady berkata, beliau hanya menyerahkan keputusan kepada mahkamah.

“Biar mahkamah yang buat keputusan,” katanya ringkas dan terus meninggalkan mahkamah.

Kes ditangguh untuk sebutan semula pada 28 Mei, 2014.

Pasangan ini berkahwin pada 2009. Hasil perkongsian hidup dengan Mohd Edy Casmady selama lima tahun, Sari dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2. – Malaysian Digest

0 comments:

Post a Comment