BACA: Rangka Kepala Lembu Di Hadapan Rumah Rayer
HULU SELANGOR: "Itu harga yang terpaksa dibayar kerana bermulut celupar."
Itu komen Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika diminta mengulas mengenai insiden penemuan kepala lembu di kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N Rayer, pagi tadi.
Katanya, sebagai seorang ahli politik, beliau bersimpati dengan kejadian yang menimpa Rayer itu namun katanya itu harga yang terpaksa dibayar kerana bermulut celupar.
Beliau berkata demikian pada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran
Program Latihan Certified Security Guards (CSG) di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, pagi tadi.
Difahamkan, kepala lembu yang sudah bersiat kulit dan berdarah itu ditemui di hadapan pintu pagar pada jam 7 pagi oleh isteri ADUN berkenaan.
Rayer kemudian memuat naik gambar penemuan kepala lembu itu di laman Facebooknya pada jam 8 pagi.
ADUN berkenaan sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila melabelkan pemimpin Umno sebagai 'celaka' pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 20 Mei lalu.
Sumber: BH Online
0 comments:
Post a Comment