Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, June 30, 2014

No Comment

Anda kenal Google? Jika tidak kenal sila tekan butang pangkah pada tetingkap browser anda! Syarikat gergasi yang banyak membantu di internet yang menyediakan pelbagai kemudahan-kemudahan secara percuma, sudah pasti semua kenal.

Tahukah anda yang mereka semakin menghampiri SkyNet? Sekiranya anda pernah menonton filem Terminator sudah tentu anda tahu yang SkyNet itu adalah rangkaian robot-robot jahat yang menguasai dunia.

Apa pula kaitan SkyNet dengan Google? Rasanya masih ramai yang tidak tahu yang Google telah membeli syarikat penyelidikan robot “Boston Dynamics” pada tahun 2013 dan secara tidak langsung Google telah terlibat dengan penyelidikan Robot-robot pembunuh, mungkin secara teknikalnya belum lagi.

Pada satu sudut pandangan kita boleh lihat yang robot-robot ini berkebolehan untuk menjadi pembunuh di masa hadapan. Walaupun ia seperti pengaruh television tetapi perkara ini tidak mustahil. Lihat sahaja video-video prototaip robot-robot berkenaan agak mengerikan dengan kekuatan dan pergerakan yang hebat tambah pula dengan kemahiran Artificial Inteligence (AI) yang dimiliki oleh Google sudah tentu dapat menghasilkan robot yang kuat dan pintar. Mungkin suatu hari nanti Google akan terlibat dalam bisnes pembekal tentera robot dalam peperangan. - SiakapKeli.com



0 comments:

Post a Comment