KUALA LUMPUR – Luis Suarez menafikan bahawa dia menggigit Giorgio Chiellini dalam perlawanan Kumpulan D Piala Dunia di antara Uruguay dan Itali.
Penyerang Uruguay tersebut dikenakan penggantungan serta merta sebanyak sembilan perlawanan dan juga tidak dibenarkan melibatkan diri dalam sebarang aktiviti berkaitan dengan bola sepak selama empat bulan selepas bukti rakaman video menunjukkan bahawa dia telah menggigit bahu Chiellini.
Walau bagaimanapun, pemain berumur 27 tahun itu tetap mendakwa dia tidak melakukan sebarang kesalahan dalam rayuannya kepada FIFA.
“Pada masa itu, saya gagal mengimbangi badan dan terjatuh ke arah pihak lawan (Chiellini)”, jelas Suarez.
“Muka saya terkena pemain tersebut dan mengakibatkan luka kecil. Gigi saya juga sakit dan pengadil membuat keputusan untuk memberhentikan perlawanan.
“Ini yang apa berlaku dan saya langsung tidak menggigit atau cuba menggigit pihak lawan.” – Astro Arena
0 comments:
Post a Comment