Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 28, 2014

No Comment

Forbes melaporkan artis Taiwan iaitu Jimmy Lin telah mendedahkan gambar yang berkemungkinan iPhone 6.

Jimmy juga sebelum ini pernah mendedahkan gambar iPhone 5 sebelum penjualannya dan gambarnya hampir serupa dengan model versi terakhir. Pada halaman Weibo beliau juga turut menunjukkan perbezaan antara iPhone 6 dan iPhone 5S.


Sekiranya dilihat dari gambar tersebut, skrin iPhone 6 tampak lebih besar dengan bahagian tepi yang melengkung dan lebih nipis. Butang kuasa iPhone 6 juga dialihkan kesebelah kanan.

Terdapat juga jack audio sekaligus memberikan idea yang pin 3.5mm untuk fon telinga masih digunapakai dan fon telinga berasaskan Lightning mungkin akan mengambil masa 2-3 tahun lagi. Tema bentuknya seakan-akan iPad Mini yang turut mempunyai kenipisan dan bahagian tepi yang melengkung.


Sebelum ini juga ura-ura berkenaan saiz resolusi iaitu 1704 x 960 pixel yang dikatakan, mungkin resolusi tersebut akan diimplementasikan padanya. Ia juga selari dengan ura-ura paparan skrin Ultra Retina yang datang pada saiz 4.7 inci. Selain dari itu iPhone 6 juga dikatakan akan hadir dengan pengesan suhu, tekanan, dan kelembapan.

iPhone 6 dijangka bakal diperlihatkan kepada umum pada September tahun ini dan seperti model terdahulu ia dijangka bakal hadir untuk pasaran tempatan menjelang november atau disember kelak.

Sumber: Amanz.my

0 comments:

Post a Comment