Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, June 30, 2014

No Comment
Penduduk membantu anggota keselamatan mengeluarkan mangsa dari kawasan runtuhan di
New Delhi, semalam.- Foto: EPA
NEW DELHI - INDIA . Sekurang-kurangnya 15 orang dilaporkan maut dalam dua runtuhan bangunan berasingan di New Delhi, India, semalam.

Pesuruhjaya Polis Delgi, Madhur Verma berkata, mangsa maut dalam kedua-dua tragedi itu termasuk wanita dan kanak-kanak.

“Dalam kejadian pertama, bangunan usang empat tingkat yang dibina hampir 50 tahun dahulu tiba-tiba roboh menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang maut,” katanya.
Menurutnya, bangunan berkenaan yang terletak di kawasan perumahan setinggan didiami oleh 14 orang penduduk.

“Orang ramai membantu mencari mangsa terperangkap sebelum pihak berkuasa tiba. Tujuh mangsa dapat dikeluarkan dari bawah runtuhan,” katanya.

Sementara itu, sebuah lagi bangunan 12 tingkat yang masih dalam pembinaan di pinggir bandar Chennai juga tiba-tiba runtuh.

Seramai 17 buruh dibawa keluar dan empat daripadanya maut di hospital.

“Operasi menyelamat diteruskan bagi mengesan puluhan lagi yang terperangkap. Angka korban dijangka meningkat,” katanya, dipetik dar laporan Time of India.

Sumber: Time of India / Sinar Online

0 comments:

Post a Comment