Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 6, 2014

No Comment

GEORGETOWN – Sebuah restoran tom yam di Kubang Menerong, Kepala Batas dan sebuah lagi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan negeri mulai semalam kerana gagal mematuhi peraturan kesihatan.

Timbalan Pengarah Kesihatan Pulau Pinang (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, pengusaha dua premis berkenaan diberi tempoh 14 hari untuk melakukan kerja pembersihan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 sebelum diperiksa sekali lagi.

Katanya pada operasi fasa ke-11 semalam, 78 premis diperiksa iaitu empat di Daerah Timur Laut, Barat Daya (38), Seberang Perai Utara (empat), Seberang Perai Tengah (25) dan Seberang Perai Selatan (tujuh), katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ku Nafishah berkata jabatan itu mengeluarkan notis saman berjumlah RM3,300 atas kesalahan mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 2009 dan pengusaha digesa menjelaskan bayaran dalam tempoh sebulan atau denda digandakan.

Katanya pihak berkuasa tempatan turut mengeluarkan 25 kompaun berjumlah RM1,710 kerana kesalahan tidak menyediakan perangkap minyak pada saluran buangan di dapur dan kesalahan pengurusan sisa tidak sempurna.

Beliau berkata pihaknya akan meneruskan operasi tanpa mengira waktu siang atau malam selain melakukan pemantauan mengejut termasuk di premis yang pernah diperiksa sebelum ini.

Ku Nafishah berkata tahap kebersihan premis makanan di Pulau Pinang semakin baik kesan operasi penguatkuasaan yang dijalankan dua bulan sekali sejak awal tahun ini.

“Jabatan Kesihatan negeri menetapkan jumlah 65 hingga 70 peratus mengikut kategori premis sebagai markah ‘lulus’ namun jika ada masalah kritikal arahan tutup akan dikeluarkan dan kami dapati kesedaran pengusaha semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata orang ramai boleh menghubungi talian 04-2017277 atau 04-2017278 jika mempunyai aduan berkenaan premis makanan kotor atau produk makanan rosak di negeri ini, katanya.

Beliau berkata sejak awal Januari sehingga semalam sebanyak 85 aduan telah diterima melibatkan premis kotor di negeri ini dan pemeriksaan telah dilakukan serta-merta oleh pejabat kesihatan daerah terdekat untuk tindakan lanjut.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment