KUALA LUMPUR – Beberapa pertubuhan aktivis yang terlibat dalam kerja-kerja kebajikan untuk golongan gelandangan meminta supaya gelandangan yang ditempatkan di Pusat Sehenti Bina Diri Sungai Buloh dilepaskan dari pusat tersebut.
Mereka mendakwa, gelandangan lelaki dan wanita yang ditahan di bawah Akta Orang-orang Papa 1977 itu telah dinafikan kebebasan peribadi, kemandirian dan sokongan sosial yang diperlukan daripada rakan-rakannya dalam komuniti gelandangan.
“Mereka yang tidak memiliki tempat tinggal tetap ini sebenarnya terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan untuk keluar daripada kemiskinan dan kehidupan tanpa rumah.
“Misalnya, banyak majikan mengelak daripada mengambil orang yang telah kehilangan kad pengenalan. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menolak bantuan yang layak kepada mereka dengan alasan ketiadaan kad pengenalan dan alamat tetap,” dakwa pertubuhan terbabit dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Antara pertubuhan aktivis itu adalah The Nasi Lemak Project, Brickfields Stakeholders Association, Need to Feed the Need (NFN), CFC, Pax Romana ICMICA, Dapur Jalanan, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor, Dignity International, Food Not Bombs Kuala Lumpur, Reach Out Malaysia, KL Urban Fellowship, Region of Love, Institut Rakyat dan SALT Movement.
Pertubuhan terbabit mendakwa, kerajaan sepatutnya menjalankan penyiasatan terperinci bagi mencari punca sebenar individu menjadi gelandangan
perbuatan menahan mereka bukan penyelesaian terbaik.
“Kerajaan perlu menangani isu-isu orang tanpa rumah dan kemiskinan dengan bersifat membina dan melalui cara perbincangan antara komuniti,” dakwa mereka.
0 comments:
Post a Comment