Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 30, 2013

No Comment

KUALA TERENGGANU – Seorang pemuda meninggal dunia setelah hampir empat hari bertarung nyawa akibat kecederaan parah di bahagian kepala, dipercayai terjatuh dari bumbung ketika melakukan jenayah pecah rumah di Kampung Bakau Tinggi, Kemaman, Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, mangsa, 21, dari Kemaman, disahkan meninggal dunia jam 12 tengah hari, Jumaat lalu, akibat retak tempurung kepala kanan.

Katanya, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan hanya berseluar dalam di Jeti Kampung Pengkalan Cicar Bukit Kuang, Kemaman, kira-kira jam 8.30 malam, oleh seorang kaki lelaki yang ingin memancing di kawasan jeti tersebut.

“Ketika ditemui, tiada sebarang senjata atau sebarang kesan pergelutan, hanya ada sedikit kesan darah serta muntah dari mangsa.

“Mangsa ketika itu kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kemaman sebelum disahkan meninggal dunia jam 12 tengah hari, Jumaat lalu,” katanya.

Hasil siasatan lanjut berjaya membongkar punca kejadian iaitu mangsa terjatuh dari bumbung ketika memecah masuk sebuah kediaman di Kampung Bakau Tinggi, Kemaman, kira-kira jam 5 petang hari kejadian, bersama dua lagi rakannya yang berusia 21 dan 27 tahun.

“Siasatan mendapati selepas terjatuh dari bumbung rumah berkenaan, mangsa cedera di kepala selain pendarahan di mulut dan hidung serta muntah darah.

“Cemas dengan situasi itu, rakan mangsa berusia 21 tahun kemudian meminta rakannya yang berusia 27 tahun membawa mangsa ke jeti berkenaan sebelum meninggalkan mangsa sendirian.

“Bagaimanapun, keadaan mangsa yang ditemui berlumuran lumpur adalah kerana mangsa terjatuh ke dalam kawasan lumpur semasa usaha membawanya ke jeti tersebut sebelum ditinggalkan kedua-dua rakannya,” katanya.

Menurutnya lagi, siasatan turut mendapati terdapat satu lubang di bahagian atap asbestos yang pecah di rumah dipecah masuk itu.

“Siasatan turut menemui kesan darah pada simen lantai di tempat kejadian dan kedua-dua rakan mangsa ditahan selepas pemilik rumah membuat laporan kejadian.

“Polis turut merampas barang kes yang dicuri iaitu satu tong gas memasak,” katanya. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment