Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 30, 2013

No Comment

MASSACHUSETTS – Seorang maknyah yang melakukan semua aktiviti dalam keadaan separuh bogel semata-mata kerana mahu memperjuangkan kesaksamaan berbogel, telah menerima kecaman penduduk setempat.

Stacey Schnee, 38, bukan sahaja mengayuh basikal separuh bogel dengan mendedah bahagian atas badan, malah dia turut memotong kayu, memandu,  berkebun dan mengadakan barbeque dalam keadaan tersebut.

Keadaan ini menyebabkan penduduk setempat membuat laporan polis.

Masalahnya polis pula tidak dapat menahan Schnee  kerana dia menutup puting payu dara dan memakai seluar, justeru Schnee dianggap sebagai tidak berbogel.

Undang-undang di Massachusetts menetapkan berbogel dan separuh bogel adalah haram.

Schnee merupakan anggota kumpulan Topless Equality, iaitu satu kumpulan yang memperjuangkan hak wanita untuk mendedahkan bahagian atas badan di khalayak ramai, sama seperti lelaki.

Dia yang mempunyai dua anak menjalani pembedahan tukar jantina pada bulan Jun 2011 dan pembedahan membesarkan payu dara pada tahun lepas.

Jelasnya, sebelum pembedahan itu, dia terpaksa bergelut dengan identitinya dan mahu membunuh diri kerana hidup sebagai lelaki dan wanita, bukan satu perspektif yang biasa kepada kebanyakan orang.

Keadaan berubah selepas dia menjalani pembedahan tersebut.

“Saya sering mendedahkan payudara saya dan kadang-kadang berbogel di depan anak-anak saya.

“Bagi mereka, ia bukan sesuatu yang luar biasa dan mereka tidak peduli,’’ katanya.


0 comments:

Post a Comment