Seorang
penerjun bebas berusia 37 tahun melakukan aksi ngeri apabila terbang
menggunakan ‘suit terbang’ dengan kelajuan lebih 160km sejam di sebuah
celahan kecil di kawasan pergunungan di China.
Jeb
Corliss yang melakukan terjunan itu yang digelar “flying dagger’
berjaya melakukannya walaupun ruang di antara dua gunung itu cuma
sebesar kira-kira tiga meter sahaja.
“Saya berasa lega berjaya melakukannya kerana inilah pertama kali saya berjaya melakukan lompatan sebegitu,” katanya.
Sebelum
terjun, Jeb berkata beliau bimbang jika gagal, peminat dan orang ramai
yang ingin melihat terjunan itu berjaya akan berasa kecewa.
Corliss terbang di celah gunung itu selepas terjun dari sebuah helikopter dari ketinggian 274 meter dari atas puncak gunung.
Lelaki
itu sebelum ini pernah melakukan terjunan bebas dengan suit terbang di
Paris (Perancis), Seattle (Amerika Syarikat) dan Afrika Selatan.
Di Afrika, Beliau mengalami kecederaan sehingga bahu dan tengkuknya patah.
0 comments:
Post a Comment