Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 29, 2013

No Comment

Presiden pertama Amerika Syarikat George Washington akhirnya diberi penghormatan di atas sebuah perpustakaan Jumaat lepas, kira-kira 200 tahun selepas tempoh pentadbirannya tamat.

Perpustakaan Kebangsaan Fred W. Smith untuk tujuan kajian berkenaan George Washington dirasmikan dalam satu majlis di Estes Mount Venon kira-kira 25km dari ibu negara Amerika Syarikat.

Perpustakaan beserta sebuah pusat penyelidikan menyimpan 103 daripada kira-kira 1,200 tajuk berkaitan Washington. Termasuk 2,000 penerbitan pada era beliau, 6,000 manuskirp bersejarah dan 12,000 penerbitan lain seperti akhbar dan filem berkaitan bekas presiden itu.

Bangunan perpustakaan itu setinggi tiga tingkat di kawasan seluas 4,000 meter persegi terletak ditengah-tengah kawasan rumah Mount Vernon tempat di mana Washington hidup dan mati disitu.

Selain tambahan kepada Washington, beberapa bahan dari lima lagi ikon pada zaman itu termasuk pengasas Amerika Syarikat Benjamin Franklin dan Thomas Jefferson turut disediakan di dalam sebuah bilik yang menghadap taman bersejarah itu.

0 comments:

Post a Comment