Jika anda mengikuti perkembangan fesyen tanah air, pastinya anda mengenali figura bernama Wak Doyok ini.
Wak Doyok merupakan ikon fesyen serta pengusaha jenama fesyen The Garment.
Apa yang uniknya pada Wak Doyok ini ialah misainya yang ala-ala pelakon veteran A.Galak selain ramai jejaka di luar sana menjadikan fesyennya sebagai satu ikutan.
Namun, sejajar dengan populariti yang diraih oleh Wak Doyok, terdapat sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan imej mukanya untuk tujuan yang tidak baik.
Menerusi gambar tersebut yang dikongsikan sendiri Wak Doyok di laman Instagramnya, mukanya telah diconteng dengan warna hijau dengan disertakan ayat seperti ‘serangga perosak Wak Dol’.
Hmm, macam-macam orang sekarang ini.
Tak puas hati dengan orang tu, macam-macam dibuatnya.
Adalah lebih baik buat sesiapa yang busuk hati dengan Wak Doyok, bersemuka dengannya daripada melakukan perkara sebegini.
Pihak yang melakukan perkara sebegini boleh diibaratkan seperti ‘baling batu sembunyi tangan’.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment