Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 30, 2013

No Comment

Kerajaan mahu dua syarikat automobil negara Perusahaan Automobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dan Proton Holding Bhd (Proton) menjadi rakan perkongsian strategik dan tidak bergabung dalam memasarkan kenderaan keluaran mereka.

“Pada Julai 2010, terdapat cadangan untuk menggabungkan mereka tetapi sembilan bulan selepas itu, kerajaan membuat keputusan bahawa kedua-dua syarikat itu tidak boleh dipaksa untuk bergabung,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam Sidang Parlimen di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan berkenaan masa depan kedua-dua syarikat itu.

Mustapa berkata menjelang akhir tahun ini kerajaan akan memperkenal polisi baru automotif untuk membantu Proton dan Perodua bersaing di peringkat global.

“Kita tidak boleh memaksa pengguna membeli jenama kereta tertentu, tetapi mereka perlu diyakinkan dengan harga yang lebih kompetetif dan kualiti yang lebih baik,” katanya.

Menurut beliau, nilai pasaran dikongsi Proton di negara ini suatu ketika dulu mencecah 70 peratus tetapi kini menurun kepada hanya 24 peratus, sementara nilai dikongsi Perodua ialah 34 peratus.

“Perkembangan ini menunjukkan persaingan kedua-dua syarikat semakin meningkat. Apabila kedua-dua syarikat boleh menerima perkembangan ini, mereka bersaing dengan memperkenalkan pembaharuan dan pembaikan untuk kebaikan pengguna,” katanya.

Beliau berkata terdapat penurunan pada harga jualan kereta di negara ini ekoran syarikat pengeluar kereta lain kini menggunakan lebih banyak alat ganti keluaran tempatan serta memberikan rebat dan harga promosi untuk memasarkan kereta keluaran mereka.

Katanya, pengeluar kereta seperti Perodua, Proton, Mazda dan Honda sudah pun menurunkan harga kereta keluaran mereka antara empat dan 17 peratus.

Sumber : The Malaysian Insider

0 comments:

Post a Comment