Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 30, 2013

No Comment


KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor membuat keputusan menyerahkan pengurusan padang Kelab Rekreasi Ulu Klang (UKRC) di Kuala Ampang kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berkuatkuasa esok.

Timbalan Yang Dipertua MPAJ, Abdul Hamid Hussain berkata, pihaknya telah menghantar Notis Pemakluman Pengambilalihan Padang UKRC kepada pengurusan UKRC berikutan keputusan tersebut.

“Sehubungan itu, MPAJ meminta pengurusan UKRC mengemukakan segala tempahan dan bayaran penggunaan padang kepada pihak MPAJ dengan kadar segera.

“MPAJ menegaskan selepas 1 Oktober 2013, semua urusan permohonan tempahan dan penggunaan serta bayaran perlu dibuat melalui MPAJ dan Jabatan bertanggungjawab adalah Jabatan Belia dan Masyarakat yang boleh dihubungi di talian 03-4296 8012,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Abdul Hamid berkata, MPAJ turut memohon orang ramai yang ingin menggunakan padang tersebut agar membuat urusan dengan pihak MPAJ.

Selangorku.com dalam satu laporan sebelum ini menyebut jawatankuasa siasatan yang dibentuk berhubung isu pengurusan padang UKRC mendapati tanah itu tidak pernah dikeluarkan hak milik kepada UKRC.

Laporan itu turut menyebut walaupun UKRC memohon untuk mendapatkan hak milik terhadap tanah lapang itu kepada pemungut Hasil Tanah Kuala Lumpur pada 14 Februari 1958, tetapi tanah itu hanya diluluskan sebagai tanah lapang untuk Dewan Kelab Masyarakat (Club Community Hall) pada 12 Julai 1958.

Jawatankuasa juga dimaklumkan nama asal UKRC adalah Dewan Masyarakat dan Kelab Rekreasi Kuala Ampang sebelum menukar nama kepada UKRC untuk diwartakan pada 6 November 2001.

UKRC didakwa mengenakan bayaran masuk dan yuran keahlian. UKRC juga tidak lagi membenarkan orang awam menggunakan premis tersebut tanpa kebenaran khas daripada pihak pengurusannya.

0 comments:

Post a Comment