Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 30, 2013

No Comment

Sebelum ini penyanyi Hazama pernah mendedahkan dirinya sudah pun berpunya ketika di awal kemunculannya dalam bidang seni.

Namun, hubungan yang terjalin selama tujuh tahun dengan gadis biasa itu akhirnya dilaporkan sudah putus di tengah jalan.

Terkini, Hazama dilaporkan menjalinkan hubungan dengan pemuzik berketurunan Cina iaitu Genervie Kam.

Menjelaskan dia dan bekas kekasih berpisah secara baik dan tidak berlaku sebarang pergaduhan semasa keputusan itu dibuat, Hazama berkata, “setelah tujuh tahun berkawan, akhirnya kami berasakan tiada lagi keserasian. Siapa yang tidak sedih apabila hubungan selama itu boleh berakhir dengan perpisahan, apatah lagi saya pernah sasarkan ingin berkahwin pada usia 30 tahun? Tetapi kami mengakhirinya dengan baik, malah tidak berlaku tegang urat sewaktu keputusan dibuat”.

Ketika diajak berbicara mengenai cinta hatinya itu, Hazama mengatakan dirinya dan Genervie mula rapat sejak enam bulan lalu ekoran terdapat keserasian di antara kedua mereka.

“Kami sudah lama kenal, tetapi mula rapat sejak beberapa bulan lalu. Mungkin berada dalam bidang sama menyebabkan kami mudah serasi,” katanya yang dipetik menerusi Berita Harian.

Sementara itu, Hazama mengatakan perbezaan agama tidak menjadi penghalang kepada hubungan mereka kerana Hazama tidak akan mendesak kekasihnya itu memeluk agama Islam sebaliknya membiarkan hati wanita itu terbuka sendiri untuk mempelajari ajaran Islam.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment