Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 30, 2013

No Comment

London – Isteri pewaris takhta England Putera William, Kate Middleton mengalami kemurungan selepas melahirkan anaknya Putera George dan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasinya, kata majalah Globe.

Sumber yang dipetik majalah itu melaporkan, kemurungan yang dihadapi Kate menyebabkan pasangan diraja itu menangguhkan rancangan untuk mendapatkan anak kedua dalam tempoh setahun.

Keluarga beri sokongan

“Kate kini di dalam keadaan yang amat sukar, tetapi suami dan keluarganya sentiasa berada di sisinya untuk memberi sokongan,” kata majalah itu.

Sebagai langkah mengurangkan tekanan yang dihadapi pasangan itu merancang untuk membawa anak mereka mengelilingi dunia.

Terbaru, mereka sudah mengemukakan permohonan untuk membuat pasport bagi George untuk melakukan perjalanan itu.

“Kami juga dimaklumkan bahawa Ratu Elizabeth perlu memberi kebenaran khas kepada mereka untuk terbang di dalam pesawat yang sama. Protokol diraja sebelum ini melarang pewaris takhta dan pewaris seterusnya daripada terbang bersama,” kata majalah itu lagi.

Laporan menyatakan bahawa ketika Ratu Elizabeth berusia lapan bulan, ibu dan bapanya melakukan lawatan Komanwel ke Fiji, New Zealand dan Australia selama enam bulan. Mereka terpaksa meninggalkan Elizabeth di London.

Kemurungan selepas bersalin anak atau postpartum depression (PPD) adalah masalah yang biasanya dialami antara lima hingga 25 peratus wanita yang baru melahirkan anak.

Antara tanda PPD termasuk perasaan sedih tanpa sebab, menangis, rasa letih dan mudah marah. Punca sebenar PPD belum begitu difahami ahli perubatan dan saintis. – AGENSI

0 comments:

Post a Comment