Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 29, 2013

No Comment

Bali – Peserta dari Filipina, Megan Young dinobatkan sebagai Miss World 2013 malam tadi di Indonesia, di sebalik bantahan keras umat Islam di negara tersebut terhadap pertandingan ratu cantik.

Young mengalahkan lima peserta di peringkat akhir termasuk dari Perancis dan Brazil, bagi memenangi gelaran berkenaan dalam pertandingan yang disiarkan di 180 negara dan diadakan dengan kawalan keselamatan yang ketat.

Menyifatkan kemenangan itu sebagai satu penghargaan kepadanya, Young berjanji untuk menjadi Miss World yang terbaik.

“Saya akan menjadi diri sendiri dalam semua perkara dan akan berkongsi apa yang saya tahu untuk mendidik masyarakat,’’ kata pemenang Miss World 2013 yang berusia 23 tahun itu.

Sebelum ini, keputusan untuk menganjurkan pertandingan berkenaan di negara Islam itu telah mencetuskan kemarahan umat Islam di Indonesia, menyebabkan polis terpaksa mengawasi lokasi pertandingan tersebut yang diadakan di Nusa Dua, di selatan Bali.

Protes juga diadakan sebelum pertandingan diadakan termasuk daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang menyifatkan pertandingan itu sebagai mengeksploitasi kaum wanita.

0 comments:

Post a Comment