Mudahnya para pemimpin DAP bermain sandiwara terutamanya ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu seperti konon-kononnya mereka menghadapi masalah dengan segelintir ahli parti sehingga tindakan memecar mereka diambil.
Sandiwara merujuk kepada kejadian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai Jenice Lee yang dipecat pada 22 April oleh Pengerusi DAP Karpal Sing tetapi hadir pada pemilihan semula Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) semalam dan dibenarkan mengundi.
Selepas kami memeriksa lebih lanjut itu kami menemui laporan The Star pada 25 Ogos lepas yang mengatakan sebuah laman portal menyebut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata DAP membenarkan 17 orang ahli yang dipecat atau digantung untuk kembali sebagai perwakilan dan mengundi semasa pemilihan semula itu, amboi senangnya prosedur!!
Lee pula demi menghangatkan drama dalam laporan itu memberikan bayangan bahawa beliau bakal hadir ke pemilihan itu tetapi tidak mengaku akan hadir pada mulanya.
“Jika anda lihat saya di sana, saya akan berada di sana. Apapun anda akan dapat jawapannya pada hari pemilihan nanti (semalam),” katanya dalam laporan berita itu.
Lee dipecat kerana bertanding sebagai calon bebas pada PRU13 lalu selepas namanya tidak dicalonkan mempertahankan kerusi DUN Teratai sebaliknya individu lain.
Persoalannya, tanpa ada mesyuarat di peringkat tertinggi mahupun satu makluman bertulis pihak pentadbiran DAP boleh sesuka hati memecat ahli dan kemudian membenarkan mereka hadir semula pada sesi pemilihan semula malahan dibenarkan mengundi.
Pemilihan semula CEC DAP itu diadakan selepas Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Datuk Abdul Rahman berkata pihaknya tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP berkaitan ‘kesilapan teknik’ pada pemilihan sebelum ini.
Lihatlah sahaja bagaimana para pemain politik dalam DAP mempermainkan penyokong dan juga pengundi mereka sendiri apabila sesuka hati memecat dan kemudian dengan mudah membenarkan mereka yang dipecat hadir ke pemilihan dan dibenarkan mengundi.
Tidak wujudkah sebarang peruntukan di dalam Perlembagaan parti DAP yang menunjukkan prosedur berkaitan pemecatan yang perlu diikuti untuk membawa semula masuk ahli yang dipecat atau digantung?
Oleh : KUMBANG WIRA
0 comments:
Post a Comment