Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 29, 2013

No Comment


Lama tidak mendengar khabar terbaru mengenai penyanyi kelahiran Sarawak, Deja Moss.

Mungkin ‘kehilangannya’ dalam bidang seni kerana ingin memberi sepenuh fokus dan perhatian terhadap perniagaan restoran kek lapisnya yang beroperasi di Ukay Perdana.

Terbaru, Deja dikhabarkan sudah lebih setahun menggenakan hijab sebagai memenuhi tuntutan wajib terhadap wanita Muslim sepertinya.

Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss berkata perubahan imejnya banyak dipengaruhi oleh suaminya, Azfendy Azzuddin yang banyak menasihatinya dalam pelbagai perkara.

“Alhamdulillah, dalam perjalanan hidup ini, saya dipertemukan Allah dengan ramai manusia yang baik. Suami antara orang yang banyak mempengaruhi saya supaya berubah.

“Dia sering memberikan kata nasihat, malah kerap mengingatkan mengenai dirinya yang terpaksa menanggung dosa jika saya masih belum menutup aurat,” katanya menerusi sisipan akhbar Bipop, hari ini.

Dalam masa yang sama Deja turut menyatakan masih belum mahu bersara dalam industri kerana turut menyimpan impian untuk merakamkan lagu berunsur kerohanian dan ketuhanan di masa hadapan.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment