Di Ukraine, gara-gara berasmara di landasan keretapi lokomotif, seorang wanita berusia 30-an terbunuh manakala teman lelakinya, 41, putus kedua-dua kakinya selepas dilanggar oleh sebuah keretapi yang melalui kawasan itu.
Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri, pasangan itu dalam perjalanan pulang sebelum mengambil keputusan berasmara di landasan itu.
“Mereka mungkin mahu mencuba sesuatu yang berani di situ,” ujar jurucakap tersebut.
Malangnya, akibat terlalu leka dan asyik dengan ‘aktiviti’ itu, kedua-duanya tidak sempat menyelamatkan diri apabila keretapi sudah terlalu hampir.
Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa pasangan itu dalam keadaan mabuk.
Begitulah kalau sudah terlalu ‘sangap’, landasan keretapi pun boleh jadi tempat melampiaskan nafsu.
Bila sesuatu yang buruk terjadi, menyesal pun sudah tidak berguna lagi.
Oleh: ELZA
0 comments:
Post a Comment