Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 29, 2013

No Comment

Sekumpulan perompak tergamak mengikat tangan dan kaki seorang pengawal keselamatan dalam satu kejadian rompakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Bahau, Negeri Sembilan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol, DSP Tukiman Seriman berkata, menerusi rakaman kamera litar tertutup, perompak-perompak itu yang memakai topeng ski menyerang pengawal yang berusia 60 tahun tersebut dengan menggunakan senjata tajam.

Menurut beliau, pengawal kemudian dibawa menaiki kereta selama kira-kira 10 minit sebelum membawanya kembali ke mesin ATM berkenaan.

“Pengawal itu dipukul di kepala dan tangan dan kakinya diikat. Perompak turut menutup mata dan mulutnya dengan pita pelekat,” kata DSP Tukiman.

Mesin ATM yang cuba dirompak juga rosak selepas ia cuba dilarikan beberapa kali oleh perompak itu, katanya.

Tambah beliau, perompak-perompak berkenaan difahamkan berumur sekitar 30-an.

“Pengawal keselamatan itu dibiarkan duduk dan mereka kemudiannya menggunakan alat pemotong besi untuk membuka mesin ATM itu sebelum melarikan wang didalamnya berjumlah RM276,000,” katanya.

Tambahnya, sebelum kejadian, terdapat kira-kira RM360,000 di dalam mesin ATM itu kerana wang baru dimasukkan di dalamnya pada petang Jumaat lepas.

Beliau berkata perompak itu hanya melarikan wang kertas RM50 dan meninggalkan wang kertas RM10 kerana tidak mempunyai banyak masa untuk mencuri kesemuanya bagi mengelakkan perbuatan jenayah mereka dikesan.

Seorang pekerja pusat membeli-belah yang datang untuk bekerja pada pukul 6 pagi segera membuat laporan polis menyedari ada rompakan telah berlaku.

Pengawal keselamatan itu dihantar ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut.

0 comments:

Post a Comment