KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, Khamis lepas.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said berkata, pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada negara.
“Saya bagi pihak ahli-ahli Dewan dan pihak Parlimen merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
“Kami berdoa semoga ALLAH S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan di kalangan roh-roh orang yang soleh,” katanya sebelum bermula sesi perbahasan persidangan Dewan Rakyat di sini.
Ismail kemudian menjemput anggota Parlimen berdiri sambil menghadiahkan Al-Fatihah dan bertafakur selama seminit.
Azizan, 69, menghembus nafas terakhir di sisi keluarganya di wad Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada Khamis lepas, setelah lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius. – BERNAMA

0 comments:
Post a Comment