Seperti yang diketahui hubungan di antara Farid Kamil dengan ibu mertuanya, Norsiah Ramli tidak berapa baik.
Namun Farid baru-baru ini ada mengeluarkan kenyataan akan menjemput ibu mertuanya itu untuk majlis cukur jambul dan akikah cahaya mata sulungnya, Muhammad yang akan diadakan tidak lama lagi.
Memetik kenyataan Farid di Bipop hari ini, pelakon kelahiran Kedah itu berkata, “saya mahu menjernihkan keadaan yang sudah lama keruh. Tidak guna saya terus menyimpan perasaan marah. Apa yang berlaku, sudah pun berlalu. Saya sedar, sebagai menantu, saya seharusnya mengalah untuk memulihkan hubungan kami”.
Majlis aqiqah anaknya hanya akan dibuat apabila isterinya Diana Danielle khatam Al-Quran dengan bantuan seorang ustazah yang mengajarnya mengaji.
“Setiap hari dari jam 11 pagi hingga 1 tengahari, Diana sibuk dengan kelas mengaji. Saya inginkan yang terbaik buat isteri saya dan sudah menjadi kewajipan saya sebagai suami untuk memastikan isteri saya khatam Al-Quran,” jelasnya lagi.
Farid juga menambah dia tidak sesekali menghalang isterinya untuk kembali aktif dalam bidang lakonan selepas bersalin Julai lalu.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment