PARIS – Bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy didakwa kerana melakukan rasuah dan menyebarkan pengaruhnya, kata pihak pendakwa raya semalam.
Tindakan yang difailkan pendakwa raya itu akan menjejaskan peluang Sarkozy kembali aktif dalam bidang politik.
Keputusan itu dibuat selepas bekas Presiden itu disoal siasat selama 15 jam.
Sarkozy juga merupakan bekas ketua negara ini yang pertama ditahan berhubung satu siasatan jenayah.
Dia ditahan di sebuah balai polis di pinggir Paris berhubung satu percubaan untuk mempengaruhi keputusan perbicaraan mahkamah dalam kes rasuah melibatkannya.
Menurut pendakwa raya, selepas ditahan, Sarkozy dihadapkan di depan seorang hakim untuk didakwa berasaskan bukti-bukti awal.
Dia kemudian dibebaskan semasa siasatan berhubung kesnya itu sedang berlangsung.
Sarkozy akan dihukum sehingga 10 tahun penjara jika disabitkan kesalahan.
“Situasi itu serius dan dakwaan tersebut juga serius,” kata Perdana Menteri, Manuel Valls kepada stesen televisyen BFM. – AFP
0 comments:
Post a Comment