Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 2, 2014

No Comment

SALVADOR – Jurulatih Belgium, Marc Wilmots menyifatkan pasukan bimbingannya layak mara ke suku akhir selepas mendominasi hampir keseluruhan permainan menentang Amerika Syarikat (AS), awal pagi tadi yang berkesudahan dengan kemenangan 2-1.

Rentetan peluang berjaya dicipta Belgium namun tiada satu daripadanya berjaya menewaskan penjaga gol AS, Tim Howard hinggalah pada masa tambahan permainan menyaksikan Kevin De Bruyne meledak gol pembukaan pada minit ke-93 sebelum Romelo Lukaku meledak gol kedua (minit ke-105).

Begitupun, Belgium tersentak dengan gol daripada pemain gantian AS, Julian Green, dua minit kemudian sebelum Clint Dempsey hampir menyamakan kedudukan.
“Kami memperoleh lebih kurang 15 peluang, kami mengawal permainan dan saya fikir kami memang lebih layak sekalipun pada akhirnya kami melepaskan gol,” kata Wilmots. “Pemain-pemain saya beraksi di tahap terbaik mereka untuk layak.

“Saya berkata kaki yang segar mungkin penting hari ini dan ia berlaku. Kini seluruh Belgium boleh meraikannya.”

Keputusan mungkin berbeza buat Belgium apabila pemain simpanan AS, Chris Wondolowski berjaya memperoleh hantaran yang baik hanya lima meter di depan gawang gol namun gagal untuk diterjemahkan.

“Ia amat mengecewakan. Kami beraksi di tahap terbaik di sana namun kami tewas kepada pasukan yang benar-benar baik. Ia menyakitkan namun tahniah kepada Belgium kerana mereka menakjubkan,” kata Howard.

“Kadang kala kamu sudah memberikan yang terbaik namun ia tidak keluar. Kami meletakkan mereka dalam tekanan yang cukup tinggi ketika perlawanan hampir tamat namun gagal dan ia adalah malam yang menakjubkan dan kami mempunyai ramai pemain yang hebat.” – Reuters

0 comments:

Post a Comment