Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, July 5, 2014

No Comment

ALVADOR – Jurulatih Costa Rica, Jorge Luis Pinto menggesa pengadil, Ravshan Irmatov supaya memerhati bintang Belanda, Arjen Robben dengan lebih teliti ketika pertemuan suku akhir yang menemukan kedua-dua pasukan, awal pagi esok.

“Kami amat bimbang mengenai aksi merebahkan badan Robben,” kata Pinto. “Saya mahu meminta FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) dan pengadil untuk memerhati dan lebih berhati-hati kerana ia amat penting dan ia boleh memberikan impak yang besar kepada keputusan.”

Robben yang menampilkan prestasi cemerlang di Brazil dan sudah meledak tiga gol mencetus kontroversi selepas mengakui dia sengaja menjatuhkan badan ketika mencatat kemenangan 2-1 ke atas Mexico pada pusingan kedua.

“Saya fikir Robben adalah salah seorang daripada empat atau tiga pemain terbaik dunia. Begitupun, kami perlu mengatakan ada kesilapan pengadilan dan pengadil perlu lebih berhati-hati. Kami bimbang dengan aksi merebahkan badan Robben.

“Dia mengakui merebahkan badan jadi saya berharap pengadil dan pembantunya akan amat berhati-hati esok. Saya amat menghormati FIFA dan pengadil namun saya perlu memberitahu mereka, sila berhati-hati,” kata Pinto.

Costa Rica mencetus kejutan apabila mara selaku juara Kumpulan D yang dianggap kumpulan maut dengan menyingkirkan England, Itali dan Uruguay sebelum menundukkan Greece di pusingan kedua manakala Belanda mara selaku juara Kumpulan B dan menewaskan Mexico di pusingan kedua.

“Sudah tentu kami menghormati mereka. Namun kami sudah melepasi pasukan yang hebat. Kami tidak pernah takut, kami menghormati mereka namun perlu mengawal mereka,” kata Pinto yang memperoleh khabar gembira penjaga golnya, Keylor Navas cergas untuk beraksi selepas berdepan masalah bahu. – Reuters

0 comments:

Post a Comment