Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, July 5, 2014

No Comment

RIO DE JANEIRO – Seorang warga emas yang kesal tidak dapat menonton perlawanan akhir Piala Dunia pada 1950 dan menyumbangkan tiket yang masih dimiliki itu untuk ditempatkan di muzium Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kini bersedih selepas kehilangan tiket percuma untuk menyaksikan final 2014 di Brazil.

Minggu lalu, Joedir Belmont, 85, dihadiahkan tiket berkenaan oleh Setiausaha Agung FIFA, Jerome Valcke, minggu lalu sebagai satu tanda penghargaan kerana dia masih menyimpan tiket perlawanan berusia 64 tahun yang berlangsung di Stadium Maracana, di mana tuan rumah, Brazil kalah kepada Uruguay pada tahun berkenaan. Perlawanan akhir 2014 juga akan diadakan di gelanggang keramat yang sama itu.

Pada 1950 dia tidak dapat menghadiri perlawanan berkenaan kerana masalah kesihatan dialami anggota keluarganya.

Kini impian Belmon menghadiri perlawanan akhir pada 13 Julai ini mungkin musnah selepas dia tercicir tiket berkenaan ketika dalam perjalanan pulang selepas menerima tiket percuma itu.

“Saya simpan tiket itu (tiket perlawanan akhir 1950) selama 64 tahun, saya kehilangan tiket lain (tiket percuma itu) dalam enam jam saja,” katanya diiringi tangisan seperti dipetik akhbar O Estado de Sao Paulo, Jumaat lalu.

Beliau memaklumkan sudah melaporkan kehilangan tiket itu kepada FIFA dan badan itu menasihatkan untuk menunggu keputusan sama ada mahu mengeluarkan semula tiket atau dia dibenarkan membeli tiket baru.

“Jika saya tidak menyerahkan tiket, mereka telah berjanji untuk mengeluarkan semula, mereka mempunyai nama saya.

“Sepupu saya yang menyaksikan Brazil kalah (pada 1950) kini telah meninggal dunia, tetapi saya amat berharap saya akan melihat Brazil dinobatkan juara kali ini,” katanya. ─ Agensi.

0 comments:

Post a Comment