Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, July 10, 2014

No Comment

SAO PAULO – Jurulatih Belanda, Louis van Gaal mengakui mahu menggunakan penjaga gol gantian, Tim Krul pada penentuan sepakan penalti yang berakhir dengan kekalahan 4-2 kepada Argentina namun sudah menggunakan semua pemain gantian dibenarkan.

Van Gaal berkata dia mahu membawa keluar Jasper Cillessen untuk digantikan Krul – mengulangi percaturan bijaknya ketika aksi suku akhir menentang Costa Rica namun peraturan perlawanan menghalangnya.

“Saya pasti akan melakukannya namun saya sudah pun menggunakan ketiga-tiga pemain gantian jadi saya tidak dibenarkan melakukannya,” kata van Gaal.

Keputusan itu menyaksikan Krul yang cemerlang menyelamatkan dua sepakan penalti ketika menentang Costa Rica hanya bergelar penonton pada penentuan penalti terbabit yang berakhir dengan duka buat Belanda.

Tiada aksi menyelamat berjaya dilakukan Cillessen yang melepaskan keempat-empat sepakan berbanding penjaga gol Argentina, Sergio Romero yang berjaya menyelamatkan dua penalti Belanda.

Ironinya, Van Gaal pernah melatih Romero ketika mengendali kelab Belanda, AZ Alkmaar.

“Saya yang mengajar Romero bagaimana untuk menyelamatkan penalti, jadi ia lebih menyakitkan,” jenaka pengurus baru kelab Inggeris, Manchester United itu. – AFP

0 comments:

Post a Comment