Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 16, 2014

No Comment

Johor Bahru: Jumlah kematian akibat nahas jalan raya di negeri ini meningkat kepada 1,133 orang pada tahun lepas berbanding 1,073 pada tahun sebelumnya.

Pengarah Pelaksanaan Program dan Projek JKJR, Mohd Rusdi Mohd Darus berkata penunggang dan pembonceng motosikal menjadi korban tertinggi pada setiap tahun mencecah hingga 60 peratus manakala Batu Pahat masih kekal sebaga lokasi panas kemalangan. 

"Bagi enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 31, 975 kemalangan membabitkan 539 kematian dicatatkan dimana daerah Batu Pahat di kedudukan teratas dengan 3,603 kemalangan membabitkan 91 kematian. 

"Mengikut jenis kenderaan, penunggang dan pembonceng motosikal masih menjadi penyumbang tertinggi kepada kadar kematian nahas jalan raya di negeri ini,'' katanya selepas program Advokasi Khas Perayaan Aidilfitri 2014 di Jalan Tun Razak di sini hari ini. Hadir sama, Pengarah JKJR Johor, Normazura Mat Nawi.

Menurutnya, jalan utama yang masih kekal kerap berlaku kemalangan dan kematian di negeri ini adalah Lebuh raya Skudai; Lebuh Raya Pasir Gudang; Jalan Ulu Tiram selain sikap pemandu yang tidak berdisplin menjadi punca utama kejadian kemalangan.

"Pengguna jalan raya sendiri perlu mengamalkan sikap prihatin dan bertanggungjawab ketika di atas jalan raya kerana kecuaian hanya boleh membawa kepada kemudaratan terhadap diri sendiri dan orang di sekeliling. 

"Justeru, pengguna dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika diatas jalan raya lebih-lebih lagi sepanjang musim perayaan ini," katanya. 

Pada majlis sama, pihaknya turut menyampaikan 500 bungkusan berisi kuih raya dan risalah keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan berkenaan. 

Menurut Mohd. Rusdi, pengguna jalan raya disaran mengikuti undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan termasuk merancang perjalanan, mengikuti had laju yang ditetapkan, tidak memotong garisan berkembar, memberi isyarat ketika menukar lorong, tidak melanggar lampu isyarat dan elak menggunakan laluan kecemasan. 

"Jumlah kenderaan di atas jalan raya dijangka akan bertambah sempena musim perayaan ini dan kita berharap agar pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati dan bersabar," katanya 

0 comments:

Post a Comment