Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 16, 2014

No Comment

Ipoh – Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Perak berjaya merampas mercun dan bunga api pelbagai jenis serta jenama sebanyak 273.10 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai kira-kira RM16,582 membabitkan duti sebanyak RM10,827.88.

Ketua Pengarahnya Datuk Mohd Nasir Said berkata, kesemua mercun dan bunga api itu berjaya dirampas selepas pihaknya melakukan 10 serbuan membabitkan empat kes tangkapan serta enam kes rampasan selepas menerima maklumat orang ramai termasuk pemantaun dilakukan anggota sejak bermulanya Ops Ramadan pada 30 Jun lalu.

Katanya, selain berjaya merampas mercun serta bunga api, pihaknya turut berjaya merampas tiga kenderaan dipercayai diseludup daripada negara jiran dianggarkan bernilai RM70,000 termasuk menahan dua lelaki berusia 20-an serta 30-an dalam dua serbuan berasingan pada Rabu dan Jumaat lalu.

“Antara kereta yang dirampas ialah dua kenderaan Honda Civic dan sebuah Toyota Ipsum manakala kedua-dua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barang larangan.

“Kesemua tangkapan adalah empat suspek dimana dua daripadanya turut terbabit dengan kes penyeludupan kereta manakala dua lagi hanya membabitkan mercun dan bunga api,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Wisma Kastam di sini, sebentar tadi. – hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment