Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, July 11, 2014


Selama ini Shahrukh Khan dikenali sebagai seorang aktor yang jarang mencetuskan kontroversi sejak lakonan pertamanya dalam filem Deewana pada tahun 1992. Malah rumah tangga yang dibina bersama isteri tercinta, Gauri Khan sentiasa bahagia tanpa sebarang masalah.
Namun baru-baru ini Gauri secara terbuka mengungkap pengakuan yang cukup mengejutkan. Wanita berusia 43 tahun itu secara terbuka mendedahkan sikap buruk Shahrukh Khan kepada pihak media.
“Dia terlalu sibuk dengan kerja. Ada sahaja meeting dan pertemuan penting yang harus dihadirinya. Apa yang kurang menyenangkan, dia tidak pandai membahagikan masa terutamanya untuk kami sekeluarga. Sebab itu kami sering terlambat jika ingin ke destinasi yang ingin dituju.
“Tindakannya itu membuat setiap perancangan akan tergendala kerana masalah pengurusan yang tidak bijak. Dan akhirnya ianya membuatkan saya kecewa dan marah,” ujar Gauri seperti dipetik menerusi One India.
Sedia maklum, Shahrukh Khan antara selebriti terkenal di India yang sering terlambat jika menghadiri majlis atau acara rasmi di Bollywood. Kebiasaannya aktor kelahiran New Delhi ini akan lewat tiba sehingga satu jam dan ianya membuatkan ramai pihak sedikit kesal dengan pengurusan masanya.
Terbaru Shahrukh Khan dikatakan lewat tiba dua jam sewaktu dijemput menghadiri majlis penghargaan darjat Knight Of The Legion of Honor oleh kerajaan Perancis. Kelewatannya itu mendapat kritikan pihak pengurusan majlis mahupun pihak media yang membuat liputan.- astrogempak.com.my

0 comments:

Post a Comment