Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 2, 2014

No Comment

KAMPAR – Seorang lelaki terkejut selepas mengetahui objek terapung di sebuah lombong ternakan itik di Mambang Diawan di sini, semalam rupa-rupanya mayat seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ng Kong Soon berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam kira-kira jam 5.30 petang bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan siasatan.

Menurutnya, identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada badan mangsa.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesan fizikal sama ada dipukul mahupun dibunuh ditemui pada kepala dan badan mangsa. Tiada bahan bukti ditemui di kawasan sekitar bagi membantu siasatan.

“Mangsa juga sukar dicam apabila keadaan mayat membengkak dan wajah tidak boleh dicam sebab keadaan muka mula mereput,” katanya, semalam.

Kong Soon berkata, mayat berkenaan dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan tatu seperti simbol bulatan pada perut si mati. Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat diterima,” katanya. ─ Sinar Online

0 comments:

Post a Comment