Beberapa hari yang lepas, Israel telah melancarkan 'Ground Operation' kononnya bagi menghapuskan pejuang dan laluan-laluan sulit Hamas tetapi realitinya, banyak orang awam yang terkorban.
Dua hari lepas, satu hospital di Gaza telah dibom oleh Israel. Pengeboman itu telah menggadaikan 5 nyawa yang tidak bersalah. Tapi pendedahan sebenar kenapa Israel menyerang hospital ini telah didedahkan oleh salah seorang askar Israel sendiri.
Askar Israel tersebut yang menggunakan nama IDF DESTERER di laman perkongsian gambar 4Chan telah menulis petikan yang bertajuk "GOODBYE" bahawa dia dan skuadnya disuruh mengebom sebuah hospital kerana diberitahu ianya adalah pusat kawalan Hamas.
Secara penuhnya DESTERER menulis "
"Saya dah tak tahan lagi. Saya dan skuad saya disuruh untuk menghancurkan sebuah hospital kerana ia dikenalpasti sebagai pusat kawalan Hamas. Saya tahu ianya tidak benar, kerana saya pernah dihantar kesana untuk misi undercover sebelum ini, dan tiada apa-apa disana, hanya perkerja yang baik-baik, Saya tinggalkan medan perang kerana saya tahu niat sebenar orang atasan."
DESTERER juga menambah :
"Saya mungkin akan dibelasah dan di kurung didalam penjara untuk seberapa lama kerana itu, tapi saya tidak peduli kerana sudah banyak nyawa tidak bersalah sudah saya ambil."Selamat tinggal, saya mempunyai memori yang indah ketika berada disini(4Chan). Jangan putus harapan. Harap anda semua mempunyai kehidupan yang lebih baik.
Israel ni nampaknya ada agenda lain selain dari nak menubuhkan negera haramnya. Tambah-tambah lagi pendedahan mengejutkan yang dibuat oleh DESTERER yang menyimpulkan Israel ni telah banyak membuat penipuan bukan sahaja kepada dunia, tapi kepada rakyatnya sendiri.
Nampaknya, masih banyak permainan Israel yang kita perlu perhalusi dan fikir-fikirkan. - SiakapKeli.com
0 comments:
Post a Comment