Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 16, 2014


KUALA LUMPUR: Susulan dari video wanita yang didakwan membuli seorang lelaki tua dengan batang kunci stereng yang menjadi viral sejak semalam, pihak polis berkata mereka akan menyiasat perkara tersebut di bawah (kes) buli jalan raya.

"Kita akan siasat dia di bawah (kes) buli jalan raya. Saya pun baru tengok rakaman itu. Garang sungguh dia, ketuk sana ketuk sini," lapor KPN kepada BH.

Perkara tersebut diumumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semasa menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anggota polis di Bukit Aman, sebentar tadi.

Video tersebut yang dipercayai dirakam pada Isnin lalu menunjukkan sebuah kereta Peugeot 208 yang dimiliki oleh seorang wanita di Kuantan dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang warga emas. Disebabkan itu, wanita berkenaan mengeluarkan pengunci stereng untuk mengancamwarga emas berkenaan, namun difahamkan lelaki berkenaan telah memaafkan aksi yang dilakukan oleh wanita berkenaan.

Video berkenaan dirakam salah seorang pengguna jalan raya yang berada berhampiran dan kini menjadi trending dan viral di Facebook, Twitter dan Youtube. - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment