Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, July 25, 2014

No Comment
PESAWAT penerbangan Air Algerie.
ALGIERS: Pihak berkuasa menjumpai serpihan penerbangan Air Algerie yang membawa 116 penumpang dan anggota kru, selepas ia terhempas di utara Mali. 

Separuh daripada penumpang di dalam penerbangan dari Burkina Faso ke Algeria itu adalah rakyat Perancis. 

Pegawai penerbangan serantau berkata perhubungan dengan penerbangan AH5017 itu terputus pada kira-kira 1.55 GMT (kira-kira 9.55 malam Malaysia) semalam, kurang sejak selepas ia berlepas, berikutan permintaan daripada juruterbang untuk menukar haluan kerana cuaca buruk. 

Dua jet pejuang Mirage Perancis dan helikopter Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dihantar untuk mencari serpihan pesawat McDonnell Douglas MD-83 itu di kawasan terpencil di utara Mali, kawasan militan dan pejuang pemisah Tuareg. 

Stesen televisyen kerajaan menyatakan serpihan itu dijumpai antara bandar Gossi dan sempadan Burkina Faso. Ia menyatakan Presiden Algeria, Ibrahima Boubacar Keita akan melawat tempat kejadian hari ini. 

Jeneral Glibert Diendere, anggota unit krisis di Burkina Faso, berkata pasukan penyiasatnya sudah memeriksa serpihan itu berhampiran kawasan perkampungan Boulikessi, kira-kira 50 kilometer dari sempadan. 

“Pasukan ini menegsahkan mereka ternampak serpihan pesawat terbabit, hangus sama sekali dan berkecai di atas tanah,” kata Diendere. Mereka juga menjumpai mayat dan cebisan mayat di kawasan berkenaan. 
“Adalah menyedihkan mereka tidak lihat ada sesiapa di situ. Tiada ada sesiapapun yang terselamat,” katanya. 

Menteri Komunikasi, Alain Edouard Traore berkata nahas itu adalah yang terburuk dalam sejarah penerbangan Burkina Faso. 

President Burkina Faso, Blaise Compaore mengisytiharkan hari berkabung selama dua hari mulai hari ini. 

Pihak berkuasa Burkina Faso berkata senarai penumpang meliputi 51 rakyat Perancis, 27 Burkina Faso, lapan Lubnan, enam Algeria, lima Kanada, empat Jerman, dua Luxembourg, satu Cameroon, satu Belgium, satu Mesir, satu Ukraine, satu Switzerland, satu Nigeria dan satu Mali. - Reuters

0 comments:

Post a Comment